Followers

EXCHANGE LINK

bila dah mamai...

Posted by mudasfreakz | Posted in , | Posted on 12:38 AM

mamai ke?


mamai...bukan mamat yea. korang tau apa tu mamai? mengikut kamus hidup aku, mamai adalah satu sindrom dimana seseorang berada dalam keadaan separuh sedar. separuh je? yup...separuh lagi dah nak dekat2 masuk alam mimpi iaitu tido. ini terjadi apabila seseorang tu dah terlampau penat atau memang time tu dah masuk waktu tido dia. korang tahu apa kelebihan kalau orang mamai nih? haaa...aku nak bagi tau satu kelebihannye. korang berborak la ngan orang yg mamai ni...dan korang tengok plak respon atau jawapan yg dia bagi nanti. agak2 relevan tak dengan apa yg korang borak? da tentu la tak...kelebihannye ialah korang boleh jadikan bahan kelakar...tu je.

khai (bukan nama sebenar) telah mengalami sendiri peristiwa tersebut. peristiwa tersebut berlaku semasa beliau dan rakan2 pergi bercuti di pulau perhentian pada tahun lalu. pada malam pertama di pulau tersebut, semasa berborak dengan rakan2 yg lain...khai telah mengalami sindrom mamai ni. maklum la...oleh kerana badan yg penat dah tentu la mata pun jadi berat. peristiwa tersebut telah disedari oleh rakan2 yg lain...korang tahu apa rakan2 khai buat? yup...diorang meminta nombor ekor pada khai. dari saksi peristiwa tersebut, khai hanya sempat memberi 3 nombor je...sebab time tu khai dah mula sedar. mahu tak sedar...kalau yg lain dah mula ketawa berdekah2...yup, penambahan satu kelebihan orang yg mamai di situ. diorang boleh memberi nombor ramalan. kalo tak percaya...cubalah.

p/s: agak2 aku mamai ke tak? hmmm...yg pasti A.T ada. hehehe...

Comments (0)

Daisypath Friendship tickers
Allo, kasi klik la banyak kali.:)