Followers

EXCHANGE LINK

SAHABAT

Posted by mudasfreakz | Posted in , , , | Posted on 10:48 PM


dalam 2-3 tahun kebelakangan ni aku rasa mcm da tak mesra ngan sahabat2 dari sekolah dulu la...sebab apa aku cakap macam tu, yela ada sahabat baik pun kenduri kawin tak dijemput...sahabat2 yang lain pun tak tau yang sahabat sorang ni da kawin. kalau sahabat lain yang dah kawin dan jemput sahabat2 yang lain, dah tak datang plak...kecik plak aku tngk dengan sikap sahabat2 aku sekarang...

zaman sekolah dulu dengan skarang memang banyak beza...skarang dah bekerjaya, tapi bagi aku la tu bukan alasan untuk berjumpa semula dengan sahabat2 yang lain. betul tak?

sesekali aku renung balik...andai kata aku nak buat reunion untuk bebudak kelas sekolah lama aku nanti, berapa orang sangat la yang akan datang. aku rasa kalau buat masa cuti pun memang susah gak nak jumpa sebab aku rasa ikatan persahabatan tu dah tak ada lagi...
hmmm...yela sekarang semua ngan diri masing2. aku takut apabila sampai tahap di mana bahu langgar bahu pun tak perasan yang tu sahabat kita masa sekolah dulu...


buat sahabat2 ku, kalau rajin cari la citer ni PROPOSAL DAISAKUSEN...citer 5 sahabat ni dari sekolah hingga masuk ke universiti dan sudah bekerjaya masih akrab lagi persahabatan diorang...citer ni memang buat aku lebih menghargai persahabatan tu. betul...aku tak tipu, tapi mungkin satu dua sebab membuatkan aku rasa rimas ngan persahabatan. well...aku pun manusia biasa gak...

tu la rasa hati aku kebelakangan ni...ntah pasal apa la tergerak hati aku nak letak dalam blog ni...

p/s: walaupun boleh cari kawan beribu2, aku rasa mungkin tak sama ngan sahabat yang sama2 membesar ngan korang...

Comments (4)

ni drama ke filem?
aku minat cerita jepun n korea ni....

ni drama ke filem?
aku minat cerita jepun n korea ni....

salam perkenalan ;)

ni drama la fizah

Daisypath Friendship tickers
Allo, kasi klik la banyak kali.:)