pakcik...
dah pukul 12 tengahari, memang sempoi la...masa untuk makan, pulihkan tenaga selepas "best" berjalan2 dalam site. tengok2kan tempat bangla dah buat kerja aku suruh setelkan dan result yg aku dapat memang macam haram. tak buat langsung...abis kredit aku call suruh buat tapi haram tak buat langsung. tarak guna...
kalo kuar site time lunch memang aku champion, maincon baru gerak ke tempat parking...aku dah sebatu keluar. haha...
dalam otak aku tengah pikir lauk apa yg aku nak pekena. ikan keli pun sedap gak. sampai kat traffic light, ada sebijik naza kat belakang aku. tetiba ada seorang gadis turun jalan ke arah aku. sudah...nak tumpang join makan sekali ka? helmet lebih plak tak ada...
dia berdiri sebelah...
gadis naza: errr..PAKCIK!! kalo nak pegi carefour alamanda, ikut arah mana yea? (sopan gitu...)
aku : errr...(aku tergamam seketika...)
gadis naza: PAKCIK bukan orang sini ek?
aku : tak...
gadis naza: hmmm...time kasih yea (sambil berlalu pergi...)
demm...ada ke patut dia panggil aku pakcik? aku tua sangat ke? baru 20 something. terbantut aku nak makan ikan keli. terus makan telur goreng...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
pengalaman
,
ride
| Posted on
8:22 PM
midvalley...
wooo...ari ni cuti!!! memang best sangat...sebab apa? pagi2 tak ada orang call (teman se site, bangla dan juga maincon)...tido pun tenteram ja. bangun pun ala2 lambat. haha...
bukan selalu nak dapat cuti ari isnin. al maklumla, isnin sudah sinonim dengan monday blues nya. esok hari selasa jadi mana ada tuesday blues ye tak? tapi aku dapat bau2 yang esok memang hari yang super duper sibuk bagai...
aktiviti aku hari ni tak lain dan tak bukan...membuang masa kat midvalley bersama member sebilik iaitu kurt medi. buat apa kat midvalley? shopping2? haram...tak ada punya. gaji lambat nak masuk...adoiyai. HR... kasihanilah kami ni yang amat memerlukan duit di kala hujung bulan nih. huhu~
seperti biasa...aku ngan medi cuci2 mata tengok baju ja, berangan2 akan beli bila masuk gaji nanti (wait n see)...termasuk la dengan cuci mata tengok awek skali (errr...A.T jangan marah yea, ni keje medi). biasa la...gadis2 bandar ni sedap mata memandang. haha...(nampak sangat...)
p/s: A.T...bila nak kuar pi shopping?
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
A.T
,
love
,
pengalaman
,
ride
,
tima kaseh
| Posted on
1:39 PM
banyak? tak ada lah...
wooo...hampir penuh meja makan. ni aku dan A.T pekena kat Arabian Kitchen seksyen 20. boleh tahan la...sedap pn sedap. nasi pun banyak, siap ada kuih muih lagi, memang best la. lagi pun aku tak pernah makan kat restoran ala2 arab yg berasal dari kelantan. terbaek!!!
p/s: bulan posa aku malas nak taip panjang2...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
design
,
pengalaman
,
ride
,
tima kaseh
| Posted on
3:12 PM
tinggi wooo...
SESAT DI KUALA LUMPUR
Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup
Terima kasih tuan dan nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa
Mungkin kita kan temui
Kebahagiaan di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kikta akan jadi kaya, dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya...
p/s: alhamdulillah...buat masa sekarang ni tak la sesat lagi dengan ada nya papago. peace...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
A.T
,
love
,
pengalaman
,
ride
| Posted on
1:11 AM
damn...dah pukul bape sekarang? agak2 sampai shah alam ni pukul bape la. A.T cakap nak keluar office pukul 4 petang. mengikut firasat aku dengan pengiraan kilometer dan kelajuan kancil turbo 660, mau pukul 5 petang sampai shah alam nih. tekan minyak...ok, 120 km/h sekarang nih kat meter...dah laju aku rasa.
ok...ngam2 pukul 5 sampai tasik shah alam. terer gak aku dapat agak sampai pukul 5 petang. sms dulu A.T ada kat mana. adeh, A.T baru nak keluar office. jadi tugu la aku kat tasik nih. eeehhh...A.T call plak, nape la nih? ok...A.T suruh datang kedai tujuh sebelas kat seksyen 19. suspen...suspen...
A.T sakit gigi...
ok...tu serba sedikit cerita aku dalam perjalanan nak ke shah alam. kesian kat A.T, hari2 yg best terganggu sebab sakit gigi. aku dah pernah kena sekali, memang tak tido lena kot. korang mesti ingat aku datang ke shah alam sebab A.T sakit gigi kan? tak ada lah...sebenarnya nak sambut ulangtahun kelahiran A.T, kebetulan plak A.T sakit gigi. adeh...kesian kat A.T
p/s: selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 2_ yea A.T, kesian awak sebab hari yg best dah jadi tak berapa best :(
dengan cuaca panas, aku ingat apa salahnya kalau keluar makan angin aircond kereta sambil menyumbang sedikit karbon monoksida pada persekitaran di penang ni. yup...dalam on the way balik dari pulau ke seberang perai aku ternampak brand kereta baru...
ni ha kereta tu...
apa kata kita kasi zoom sikit lagi untuk penampakkan yg lebih jelas...
.
.
.
vovol tu...
mesti korang tak pernah tengok brand ni kan? korang betul2 ketinggalan zaman betul. pfffttt!!!
p/s: selamat bukan toyol...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
download
,
love
,
ride
| Posted on
3:28 PM
patrick jane...
sebelum ni idola aku barney stinson, aku pikir2 balik baik tukar je idola baru. walaupun barney kelakar tapi masih tak boleh lawan ngan idola baru aku ni. yup...patrick jane kelakar dengan gaya sendiri. itu yg aku suka...
apa lagi yg aku suka tentang patrick jane ni? haaa...patrick jane dapat mengenali seseorang itu dengan hanya menilai dari luaran, tapi tak selalunya betul; hampir2. walaupun cara dia seakan2 psikik tapi sebenarnya tidak. teruja betul aku tengok kalau dia selesai kan kes, dah macam ala2 detektif conan plak. bekerja sebagai konsultan CBI selepas kematian isteri dan anak perempuan untuk mencari red john. by the way, patrick jane adalah watak dalam siri the mentalist. seronok kalau layan sorang2. haha...
dan yg paling cool sekali adalah kereta yg dia pandu, usha sket kereta apa...
Citroen DS21...
haha...ini idola untuk cerita je, bukannya betul2 pun aku nak up kan watak ni jadi idola aku, berfantasi sungguh kalau aku buat macam tu. peace...
p/s: agak2 kat malaysia ada tak kereta macam tu?
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
A.T
,
love
,
pengalaman
,
ride
,
tima kaseh
| Posted on
3:34 AM
alhamdulillah...selamat tiba gak aku kat rumah. 4 ari aku bermaustatin kat selangor, merata aku tido dari seksyen 7, banting dan selayang. semua sebab air asia. yup...panggilan interview membuatkan aku jelajah selangor dalam 4 ari. haha...
14 haribulan aku kena interview untuk post technical report officer kat akademi air asia. bila bagi tau kt saudara2 aku, semua ingat interview untuk pilot dan pramugara. dua2 memang tak layak la...tengok ciri2 fizikal pun dah tau memang solid out punya...
orang yg temuduga aku tu memang sempoi habis, tapi aku memang tak berapa nak paham la...nape kalau tau aku ni asal dari utara a.k.a penang, loghat diorang tiba2 bertukar? pfffttt... ganjil sangat ke orang penang nih? hmmm...
pe2 hal aku memang sangat2 berterima kasih kat A.T dan akak A.T, tanpa diorang tak merasa aku nak dapat interview kat air asia nih. terima kasih sesangat yea...
p/s: mudah2an dapat la job nih...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
A.T
,
pengalaman
,
ride
,
tima kaseh
| Posted on
1:57 AM
cerah dan gelap. haha...
alhamdulillah...da boleh packing dah barang2 aku kat melaka nun. first time mulakan journey jauh ngan A.T. kebetulan A.T ada jemputan kahwin member sekolah dan aku memang nak angkut bawa balik barang2 yg jadi tukun kt melaka. kancil turbo 660 tak berapa besar nak angkut barang aku. so, mintak pertolongan dari A.T ngan BLM nye...
ok, dah setel semua...sekarang dah boleh dok bawah ketiak mak balik kat penang, selamat kembali diri aku ke utagha. haha...
p/s: tak de lah...masa kritikal plak skarang nih. nak kena cari keje...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
design
,
love
,
ride
| Posted on
4:36 PM
header baru...
noob gila aku...ari ni baru la terasa gerakan hati untuk buat header baru. sebelum nih header untuk blog aku hanya tulisan cap ayam yg hanya tertera m.u.d.a.s.f.r.e.a.k.z je. yup...aku memang pemalas. dah lama aku godek2 photoshop cs4, baru la terasa nak buat header. ok...header ni pun tak cukup menawan aku rasa, tapi rasa ok la sket. pfffttt!!!
tangan ni dah cukup keras untuk membuat design. pegang tikus pun terketar2, mengalahkan dah terkena parkinson. tangan aku nih tak selembut seperti usop wilcha yg kayuh gerek sambil tangannye terliuk2. respek. kalau aku mesti dah lama jatuh tergolek. tak balance...
p/s: lelaki kacak? tu semua khabar angin je...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
A.T
,
love
,
muvee
,
pengalaman
,
ride
| Posted on
12:22 AM
lama aku tak kasi update blog. yup...aku bukan seorang blogger yg tegar, ada benda lain yg diutamakan terlebih dahulu. ni kalau A.T tak ingatkn memang haram aku lupa terus pasal blog aku sendiri...
hmmm...ari sabtu dan ahad berlalu macam tu je. cuma ari sabtu dapat la meluangkan masa bersama dengan A.T, terus terang aku nak cakap agak lama aku tak keluar dengan A.T nih. bila berjumpa terubat sikit rindu tu (jiwang dan berbunga). seperti biasa aktiviti kalau dah berjumpa ialah "ziarah" shopping complex yg berdekatan. hehe...
hikayat merong mahawangsadapat la gak tengok citer merong mahawangsa, yup...last2 minit baru la dapat tengok, maklumla bz dengan komitmen masing2. movie yg agak nice boleh aku katakn cume yg x berapa nice bila duduk di depan skali. lenguh gak leher aku nih, tp biasa la steady je (serius lenguh sampai sekarang)...
aku rasa ari sabtu pun merupakan ari untuk aku melantak...bayangkan burger, donut, jeruk dan kuew teau kungfu untuk mengisi perut. nice kan?
ahad...tinggal aku sorang2 kat rumah, lan klux2 klan pagi2 dah keluar rumah bersiar2 kat seremban. aku macam biasa membuang masa dengan online. A.T macam biasa jadual hari ahad dia penuh dengan aktiviti, aku rasa da macam jadi diari hidup dia plak. so, A.T...anda tidak perlukan blackberry. untuk ari ahad minggu nih, pagi2 dia pegi kursus haji, petang sket dia pegi service kereta dan disudahi dengan pegi ke car wash. yup...kereta A.T dah sebulan tak di basuh dan dipenuhi daki. haha...
malam nih dapat la aku layan anugerah bintang popular, yg menarik bila nak umumkan siapa bintang popular tu. yup...usop wilcha dan abu hurairah ada. tu je yg menarik pasal anugerah bintang popular. sekian...
p/s: errr...A.T terliur bila tengok handbag kat butik guess, aku pun time tu dah telan air liur...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
love
,
pengalaman
,
ride
| Posted on
4:54 PM
hari ni aku bosan...masa baring2, teringat plak aku cita2 masa kecik. pengaruh tv betul la...ala, dulu mana la ada game2 macam skarang nih. kalau ada pun...nun kat kedai pak komen, isi 2o sen korang da boleh makan kacang dan main game cowboy. 2 in 1. tv la yg menjadi peneman setia dan memberi kesan masa kecik. skarang baru la dapat merasa psp, ps dan game pc. jom usha karakter yg aku nak jadi masa kecik...
superman...
sapa yg tak kenal ngan superhero nih? haha...pandai berlakon sebagai seorang yg nerd. wartawan untuk akhbar daily planet merupakan pekerjaan untuk menyara hidup. dulu memang aku minat nak jadi macam superman...super kuat. rambut dah sama ngan aku, setakat nak buat rambut terjuntai kat depan nampak seakan2 huruf 's'...no problem pada aku. tapi sayang...bila dipikir2 balik, menjadi superman memang tak cool sebab memakai spender di luar. maybe ayah n ibunye tak sempat memberi tunjuk ajar sebelum di hantar ke bumi nih...
batman...
yup...aku tertarik plak untuk menjadi batman a.k.a bruce wayne. orang kaya di gotham city...membanteras jenayah pada waktu malam. supercool aku rasa...da sama macam aku, malam memang tak boleh nak tido. mempunyai batmobile yg hebat. tapi aku rasa memang tak boleh di jadikan idola. aku sendiri tak kaya macam tu. berjaga malam pun, aku lebih suka mengadap laptop dari kena pukul. yg penting sekali, walaupun aku tak ada batmobile...at least aku ada kancil 660 'turbo'. haha...
joker...
joker...karekter jahat yg aku suka. alangkah bestnye kalo aku jadi macam dia. dengan moto "why so serius?"...tapi aku rasa karekter nih sesuai untuk coklatchips. sebab beliau memang raja lawak. aku menjadi serius? oh! tidak aku rasa...jauh benar kalau aku nak jadi jahat.
kamen rider...
ini yg paling aku suka...kamen rider. segak bergaya gitu. mata bulat dah macm mata lalat dan belalang. membanteras makhluk yg pelik dan mempunyai kuasa tumbukan dan tendangan padu maut. motosikal kamen rider memang superb dan mengiurkan. yg penting korang kena ada lesen motorsikal, yg tu aku tak kisah...da ada lama pun. apa2 pun tak jadi macam diorang pun aku tak kisah. yg kisahnye bila aku nak ada motor macam diorang. haha...
p/s: aku tak nak jadi sesiapa pun...yg penting jadi diri sendiri. huh!!!
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
A.T
,
design
,
love
,
pengalaman
,
ride
| Posted on
3:45 AM
time2 nak tido macam ni la, kat kepala otak aku asyik dok teringat je yg jauh di sana. pejam mata...teringat, buka mata...teringat gak nak pegi toilet pun sama, asyik teringat je. memang betul la orang selalu kata, kalau kita jatuh cinta...kemana2 pun akan asyik teringat. dem!!! aku rindu gila nih...last aku jumpa pun time balik penang, sebulan yg lepas rasanye. sebulan bagi aku dah kira cukup lama. perasaan aku sekarang nih dah di ibaratkan sama macam ah long yg tunggu peminjam bayar balik duit; penuh perasaan rindu, dendam, geram, marah dan macam2 lagi. tapi aku rasa perasaan ah long lagi teruk kot, ari2 dia rasa macam tu...ye tak?
tak pe...next week dah balik penang, jadi boleh la nak lepas perasaan rindu nih. aku tak dapat bayangkan perasaan aku time tu nanti; rindu dan terharu rasanye. hahaha...
rindu dah pasti...yg terharunye sebab...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
A.T
,
love
,
pengalaman
,
ride
,
tima kaseh
| Posted on
11:00 PM
ari ni aku penat bai...perjalanan aku jauh ari nih, beratus kilometer. da sambut depavali (sambut cuti yea) kt penang, elok la balik ke mlaka smula. sudah2 la cuti...balik buka buku untuk final plak, kang tak terjawab plak final. balik awal bukan apa, nak temankan A.T tengok pameran pengantin yg buat kat shah alam...bukan kemain ramai lagi org. aku rasa kebanyakkan org yg datang tu semua nak langsungkan perkahwinan nnt. so, diorang tengok la pe2 yg patut kat pameran tu. banyak yg ada, dari kad sampai la ke pakej perkahwinan. apsal aku ngan A.T tngk pameran pengantin tu? da nak kawen ke? hahaha...rahsia!!!
pameran pengantin kat sacclepas je tngk pameran pengantin, gerak plak ke tempat feveret aku di kala itu. mana lagi kalo bukan kedai makan kt seksyen 2. perut da berbunyi macam2 lagu...lapo kot, bertolak dari rumah berbekalkan karipap yg sebesar...alahai, malas aku nak cakap. yg penting skarang perut mesti mau di isi.
lepas je sesi memenuhkan perut, A.T ajak bersenam. cayalah A.T, ni yg buatkan org sayangkan awk lebey. dengan tank yg penuh, maka bermulalah perjalanan mengelilingi tasek kt shah alam tu...lokasi yg hendak di tuju adalah wet world. kata A.T ada aquarium kt situ. aku ingatkn tempat tu juz datang untuk bersuka ria sambil bermain dengan air je, kalau diikutkn main air kt bilik air pn da best. huhu...banyak gak ikan yang aku tngk. dari yg kecik sampai la sebesar2 pemeluk...aku ingat nak beli la sekor arowana untuk buat goreng atau masak 3 rasa. sahih sdap...
penyu air tawar...A.T minat binatang nihdalam banyak2 ikan kat dalam aquarium tu, A.T begitu concern terhadap binatang kat atas...dan paling best, banyak2 komen yg kuar dari mulut A.T..."penyu ni hidungnye macam b*b*". hahaha...
p/s: A.T lain kali blh la g tngk penyu ni lg yea...
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
design
,
love
,
pengalaman
,
ride
| Posted on
2:59 AM

dah jadi, ngenge~
hoho...akhirnya, basikal kertas aku da siap. siapa sangka, dari sketch dah boleh terus jadi yang betul punya. beringgit jugak la abis untuk basikal nih...bayangkan untuk kaler frame saja hampir2 2 tin cat spray abis. padahal tu pun kaler ala kadar ja...kalau betul2 punya mau dekat 5 tin. amacam ada nampak ala2 cup prix tak? kaler yang beli tu kaler hijau petronas (sprinta), kalau letak surface yang licin mau ngancam...tapi da kaler kat kertas xde la nmpak sngat kemenggancamannye tu...
ditest oleh kurt medi sambil diperhati oleh tarosanari ni pada 14 okober 2009, akan bermula lah, race yang ditunggu2 oleh kumpulan2 dari kelas BMCD untuk mengetest basikal masing2 serta menjahanamkan basikal masing2 (haha...) tapi harap2 semua basikal bila abis race nanti dalam condition yang terbaik lagi, amin!!!antara kumpulan yang akan berlumba:- INITIAL B - group aku...
- HARIMAU
- CAMNILAH
- BMX
- TRANSGEAR
- EG-5
- SABER
- BMX-GT
- WAI PICK GROUP
- PAPERWORK

huhu...da lama aku tak menghupdate blog nih, da naik bersawang aku tengok. untuk kali ni aku da tak update untuk manga naruto ngan bleach (aku sendiri pun da tak sempat nak baca)...da berapa lama aku tak update ek? sebulan lebih rasanye...lama tu.
maklum la tahun akhir kot, ngan keje yang menimbun terutama ngan projek basikal. kome tau basikal ni buat dari kertas...ate da keje gila namanye. huhu~
ni ha...ada aku simpan lagi gambo dari SOLIDWORK yang di buat oleh taro. aku juz sketch je gambo basikal atas kertas...
paper bicycle project (initial b)bayangkan tiap tiap minggu nak kena buat report pasal basikal ni. adoiyai...memang banyak keje. dan yang paling best aku punya PSM tak gerak langsung, lepas raya da la nak kena submit...aku beraya dalam tekanan. ohh, tidak!!!
seyes...tahun ni aku beraya dalam keadaan tak tenang. aku dapat bayangkan sambil makan ketupat dengan jari main keyboard. arrrggghhh!!!
Posted by
mudasfreakz
| Posted in
love
,
ride
| Posted on
7:26 AM
korang penah tengok top gear tak? ala...show mengenai kereta2 tu. yang mana kereta buatan negara kita kena ketuk dek oleh pengacaranya. haaa...ni ada sesuatu yang menarik, kalau korang penah tengok mesti kenal siapa "the Stig", mamat yang berpakaian serba putih dan juga memakai helmet fullface putih yang selalu menguji kereta2 dalam show top gear ni. identiti "the Stig" telah didedahkan...meh baca petikan ni...
Formula One legend Michael Schumacher was on Sunday unveiled as "the Stig", the mystery man who test drives cars on British cult motoring show "Top Gear". Formula One legend Michael Schumacher was on Sunday unveiled as "the Stig", the mystery man who test drives cars on British cult motoring show "Top Gear".
The identity of the white-clad driver is kept a closely guarded secret, but Schumacher, who was Formula One world drivers' champion seven times, finally revealed himself in the first of a new series of the show on Sunday night.
Presenter Jeremy Clarkson pretended not to recognise him at first, asking him what he used to do before he became famous as the Stig, but then excitedly shouted to the studio audience: "It's Michael Schumacher!"
Former Formula One driver Perry McCarthy was Top Gear's original Stig, who dressed all in black during the first two series.
The show is shown in more than 100 countries worldwide.