whoaaa...sekarang da jadi fenomena tiap2 petang isnin sampai khamis dari pukul 7 - 8 malam anak2 dara dan mak2 dara mengadap depan tv3. semua pakat2 mengidam nak dapat bf dan menantu yg seromantik dan semacho seperti watak utama dalam drama tersebut. drama bersiri tersebut adalah nora elena yg adaptasi dari novel kasih yg suci. errr...rumah aku pun ada novel ni, bahan bacaan adik aku. aku kurang baca novel2 nih melainkan lagenda budak setan. huhu~
ok...entry ni bukan untuk bercerita pasal nora elena yea, sebab aku jarang layan drama nih. kalau tertengok pun sebab adik2 aku yg layan...tv ada satu je da nak buat macam mana kan? tapi ada ke orang yg habis romantik macam seth tan tu? ooohhh...benda nih hanya hiburan je, so jangan la terlampau mengharap yea. haha~
dalam banyak2 drama siri melayu untuk tahun nih yg buatkan aku tertarik adalah drama makbul yg main kat tv2, setiap hari khamis pukul 9 malam. yup...drama bercirikan islamik dan penuh dengan mesej. aku rasa korang patut tengok, drama yg ringan untuk di layan. mana la nak tau, dengan tengok drama nih terbuka la sket hati tu ke, yela...sekarang nih kita banyak dihidangkan dengan drama yg ntah apa2 ntah. huhu~
ohhh...lupa plak, drama ni juga merupakan sebuah cerita tentang doa. tu yg penting...
makbul...
p/s: aku bosan dengan drama cintan cintun yg tak munasabah...
lama aku tak kasi update blog. yup...aku bukan seorang blogger yg tegar, ada benda lain yg diutamakan terlebih dahulu. ni kalau A.T tak ingatkn memang haram aku lupa terus pasal blog aku sendiri...
hmmm...ari sabtu dan ahad berlalu macam tu je. cuma ari sabtu dapat la meluangkan masa bersama dengan A.T, terus terang aku nak cakap agak lama aku tak keluar dengan A.T nih. bila berjumpa terubat sikit rindu tu (jiwang dan berbunga). seperti biasa aktiviti kalau dah berjumpa ialah "ziarah" shopping complex yg berdekatan. hehe...
hikayat merong mahawangsa
dapat la gak tengok citer merong mahawangsa, yup...last2 minit baru la dapat tengok, maklumla bz dengan komitmen masing2. movie yg agak nice boleh aku katakn cume yg x berapa nice bila duduk di depan skali. lenguh gak leher aku nih, tp biasa la steady je (serius lenguh sampai sekarang)... aku rasa ari sabtu pun merupakan ari untuk aku melantak...bayangkan burger, donut, jeruk dan kuew teau kungfu untuk mengisi perut. nice kan?
ahad...tinggal aku sorang2 kat rumah, lan klux2 klan pagi2 dah keluar rumah bersiar2 kat seremban. aku macam biasa membuang masa dengan online. A.T macam biasa jadual hari ahad dia penuh dengan aktiviti, aku rasa da macam jadi diari hidup dia plak. so, A.T...anda tidak perlukan blackberry. untuk ari ahad minggu nih, pagi2 dia pegi kursus haji, petang sket dia pegi service kereta dan disudahi dengan pegi ke car wash. yup...kereta A.T dah sebulan tak di basuh dan dipenuhi daki. haha...
malam nih dapat la aku layan anugerah bintang popular, yg menarik bila nak umumkan siapa bintang popular tu. yup...usop wilcha dan abu hurairah ada. tu je yg menarik pasal anugerah bintang popular. sekian...
p/s: errr...A.T terliur bila tengok handbag kat butik guess, aku pun time tu dah telan air liur...
semenjak 2 menjak nih aku perasan tv3 da main kan balik citer hindustan yg lama2 dulu. da bape kali aku tngk shah rukh khan tiap2 ari sabtu. opppsss...lupa plak datuk shah rukh khan. macam semalam di tayangkan citer dil to pagal hai...klasik tu. mau tak klasik kalo mahduri dixit dan karisma kapor pakai sendat dan menari...boleh juga juling mata dibuatnye. hahaha...
teringat masa zaman sekolah dulu. masa tu aku form 5, citer yg paling hot time tu bukan dari hollywood ataupun malaywood...citer yusoff haslam pun kalah la time tu. filem yg aku maksudkan ialah kuch kuch hota hai...pagi2 masuk klas je da riuh rendah ngan bebudak pompuan terutama yg dok hostel citer pasal filem nih. apa yg menarik pun aku kurang pasti, mungkin sebab hero dia kot. sedih la, geram la...semua diluahkan dan biasa la ada komen2 pasal filem nih. aku sebagai laki yg macho takkan plak nak menyampuk kalo diorang bercerita...
kuch kuch hota hai...
dipendekkan citer, budin (bukan nama sebenar) mintak kat salah seorang budak pompuan cd nak bawa balik. nak tengok la gak apa yg menarik sangat. masa nak pinjam bebudak pompuan da kasi warning, "masa korang tengok nanti korang akan..." macam biasa la, budak laki nk plak dengar cakap pompuan...
malam tu aku lepak rumah budin, bilik da gelap...mode wayang budin kata. so, budin pun pasang la cd kuch kuch hota hai...3 cd beb. cd yg first ok je...masuk cd 2 je de la babak2 konflik cinta. biasa la citer hindustan nih...tak habis ngan babak cinta. time kajol nak naik train aku de dngar bunyi orang menangis...dem!!! boleh plak budin menangis. alahai...fail betul la. budin cakap sedih gila tengok kajol nak bawa diri...
sok paginye budak pompuan tu de cakap, "masa korang tengok nanti korang akan...menangis!!" memang betul pun. terbukti dengan budin menitiskan air mata sebab tngk citer tu...
p/s: susah betul aku nk menangis kalo tngk movie nih...
yeah...m.night shyamalan (mns) telah membuat onar lagi. dem!!! beliau terlampau bagus dalam bab2 membuat onar terhadap perasaan orang lain (aku bercerita pasal movie...) . seperti movie2 dia yg lain, aku rasa penglibatan beliau dalam movie terbaru nih lebih ok dan menarik dari layan the last airbander. mau taknye, pilihan pelakon untuk the last airbander macam tangkap muat je. semua pelakon dari kaum kerabat dia...
ok...aku baru je layan movie terbaru iaitu devil. memang best, tambah2 aku layan sorang2 kat rumah. buat aku rasa terkujat je...apsal aku terkujat? abis citer tu pasal 5 orang terperangkap dalam lif, lampu terpadam je dah ada sorang mati. terpadam je lagi...sorang mati. yg lagi seram dalam kalangan 5 orang tu rupanye ada setan sekor...standard la, mns punya movie penuh dengan tanda tanya. macam movie dia yg sebelum nih, the happening...sampai ke sudah aku tak berapa nak paham. huhu~
setan...
aku rekemenkan korang layan citer nih, tak rugi download pun (dah banyak orang donlod sekarang nih...) tak bosan dan tak pedih kan mata. woot~
p/s: red devil a.k.a setan merah menang semalam. glory2...
kalau dulu2 masa sekolah mesti cikgu ada tanya pasal idola kan? "murid2...sapa yg menjadi idola awak dan kenapa awak pilih idola tersebut?" dan bila semua bagi tau idola masing2 "ok...cikgu nak awak semua tulis karangan pasal idola masing2 yea..." yup...aku masih ingat. start dari darjah 4 sampai la ke form 3...tiap2 tahun silibus yg sama untuk bahasa melayu iaitu memperkenalkan idola masing2 ke seluruh kelas. tapi yg pelik, tiap2 tahun idola tu mesti berubah tak pernah pun kekal. mana tak nye, cikgu dah tanya...masing2 dah panik; secara random terus je petik nama yg ingat. hahaha...
aku sampai sekarang tak ingat nama idola yg aku sebut masa sekolah dulu, sapa ek? nevermind...yg penting masa sekarang nih aku dah dapat idola baru. idola baru aku adalah...barney stinson. yup...barney stinson. terkenal dengan tag line 'suit up', memang menarik aku menjadikan sebagai idola. perwatakan yg kemas dan sentiasa 'awesome' serta 'cool'. kerja yg boleh dikatakan menarik dan sentiasa berahsia. paling penting pandai memikat pompuan, wooo...itu yg menarik. penuh dengan teori2 memikat yg sentiasa aku ikuti terutama bila oleng bagi tau yg beliau ada blog sendiri...
dan untuk pengetahuan korang, barney stinson ni adalah watak dalam citer how i met your mother. hehehe...
suit up - barney stinson
p/s: idola aku sebenarnye adalah cikgu hapidz sebab 'lagend'...wait for it...'dairy'
sejuk...sejuk...baru lepas mandi, dah jadi kebiasaan aku untuk mandi tengah2 malam. padahal mak aku dah warning banyak kali, "along...jangan selalu mandi malam, karang peparu berair baru tau..." biasa la anak laki ketegaq (degil) la sket. ok...mengadap balik depan laptop. tergerak hati nak buka blog. apa2 hal play kan lagu dulu dalam playlist kasi feel sket, lagu pilihan one republic - secrets...
tajuk apa la aku nak letak untuk post kali nih. last2 baru aku rasa nak letak 'cinta jarak jauh...' ada kena mengena dengan aku ke? mestila ada...
ari ni punya la berjalan - jalan (cuti - cuti belajar), aku dah rasa macam paper final dah abis. lokasi yg di tujui adalah ke dataran pahlawan (dp). seperti biasa, kalo nak kuar berjalan - jalan ni nak kena ada geng baru la best. muka yg selalu ikut tak lain dan tak bukan...oleng dan otai. dah memang hobi kalau petang2 jumaat untuk kuar mencuci mata kat dp nih. shopping? camon la...mana la ada duit nak beli. takkan la asal berjalan ke dp nak kena shopping? tapi yg aku pelik duit laju gak keluar kat dp nih. heran betul...
otai ngan oleng
ari ni ingat nak window shopping je, last2 tersangkut plak nak tengok muvee skyline. ingatkan best la sangat, trailer bukan kemain gempak aku tengok kat youtube. last2 aku dapat rasa muvee ni da macam sama ngan muvee independence day, cloverfield dan war of the world. motif citer ni pun aku tak tau, yg aku tau aku dah kerugian sebanyak rm8 kat tokey gsc. dem!!!
gaya oleng macam nak beli je
sebelum tengok wayang sempat la tengok barang2 kulit. aku dah lama berkenan dengan dompet kulit rushai ni terutama yg handmade punya, menawan hati kot. dompet aku pun da berapa lama pakai, da tiba masanye untuk cari pengganti. kalo tengok pic atas pun, oleng dok tengah belek2 dompet. berkenan la tu...
korang jangan try delster...otai dah terkena
lepas abis muvee...perut pun dah berbunyi, lapar siot. apa lagi...gerak ke kota laksamana, kat situ ada satu kedai nan (pak putra). sekali sekala nak gak try kedai2 yg direkemenkan oleh member. kedai pak putra ni pun direkemenkan oleh mr. ben...BEN CHOICE la katakan. ok, gak...roti nan memang lembut. aku suka...tambah2 ada plak keju, memang layan abis. tapi memang kena tahan sabar sket la, sebab ramai orang...bak kata otai "sabar menanti"...sejam kot tunggu untuk makan yg tak sampai 5 minit. huhu~
mengikut pengiraan lagi 2 ari aku nak start first paper final. tapi macam biasa dan coolnye aku tak mula study lagi. mantap sangatkah aku nih? hint da kasik...nak buka buku tu yg rasa berat sesangat. da rasa macam sebijik boldozer yg tindih buku tu, berat sesangat. boleh plak malam td terikut ajakan mr.ben untuk layan muvee. dan macam biasa ditemani ahli kelab wayang bmcd yg setia tak lain dan tak bukan, oleng. abih pitih weiii...hahaha~
berhibur sebelum final, tak salahkan?
muvee yg jadi pilihan untuk ditonton dikala kebosanan adalah megamind. mamat yg berkepala besar, botak dan warna kulit biru serta berkawan ngan ikan alien yg menjadi villian dan merupakan hero dalam citer nih. duhhh!!!
tapi ok la untk layan citer nih, bnyak gak scene yg lawak...korang kena tngk br la tau jalan citer dia, tak pun kalau korang rajin menunggu dengan tabah...donlod je citer nih nnt. hehehe...
megamind (da macam toyol aku tngk)...
p/s: aku malas nak citer panjang dalam post nih. nak tido awal...3.30 pagi. demm!!!
skarang da ramai aku tngk blogger yang buat review pasal video2 yg ada kt youtube. rating blog diorang bukan kemain mencanak naik...salah satu blog yg aku suka masuk dan singgah tubelawak (bukan promote, juz share saja). citer bukan kemain punya panjang, last2 video yg diletaknye xde plak sangkut paut dengan citer td. tapi kira nice gak la...bosan2 boleh la gak layan (ambil perhatian kepada yg tngh bosan skarang nih)...
dalam bnyk2 video kt youtube tu...aku ada minat ray william johnson show yg dikenali sbagai equal three (=3). aku x tau pe maksud simbol tu, oleng cakap da macam simbol *tut*. ray akan slalu review video2 yg ada kt youtube. slalunye dia akan review 3 video...kalo korang tngk mmg klakar...salah satunya:
equal three (=3)
banyak betul ragam manusia kat dunia nih. kalo korang tngk show ni macam2 perangai ada...pe2 hal pun aku harap korang enjoy yea...
p/s: bulan satu lmbt lg tp da bnyk jemputan kenduri kawen...15 n 16hb di dalam dilema. huhu~
penat beb...baru je selesai mnyahut seruan kerajaan berjalan 10,000 langkah sehari. lokasinye...sunway pyramid. huhu~
ari ni ahad bersamaan dengan 31 oktober 2010, kuar temankan cik A.T g kenduri kawin kt PJ. sambil tu sempat la usha2 sket pelamin pengantin. haha...curik2 idea yang patut. tp lambat lagi kot nk langsungkn...keje pn blom, nk bg cik A.T makan apa nnt? pasir? sahih lps ni kena tukar gigi besi plak...
lepas makan kenduri, ati pn senang n bertambah perut yang kenyang bergerak ke lokasi seterusnye. sunway pyramid...untuk layan movie plak. movie pilihan adalah takers, not bad la citer dia...tapi aku boleh tahan 10 minit pertama je, lepas tu terus gelap. hehe... sampai babak bunuh membunuh baru aku jaga balik. boleh tiru skill2 diorang n praktikkan kt rmh sewa lepas nih...
takers, not bad movie la...
lepas je abis movie, gerak balik ke shah alam...sempat la singgah tengok jualan gudang dulu. mn tau ada barang2 menarik boleh beli ke. tp xde berkenan di ati, so cancel la jawabnye...rasanye cik A.T ada berkenan ngan hand bag tp dia tak berani nak g tngk takut terbeli plak...
sedap ke?
aktiviti last sebelum balik adalah mengisi perut. ingatkan nasi kenduri tngahari tadi da cukup...rupa2nye x cukup. da sampai petang da lapar balik...cik A.T, sori la yea blanja awk makan yang simple je...tapi kira ok la kan dari trus berlapar. hehe...
p/s: pastikan masa kenduri, anda makan bnyak2...tak rugi pun
hoho...pejam celik dah masuk final exam. cepat betul masa berlalu...sekarang dah tinggal 3 paper dari 5 paper semuanya. 3 paper pun boleh tahan gak la nanti terutama paper last (vibration), apa yang bergetar pun aku tak tau la...
dah tau paper susah tapi aku tengok diri aku ni rilek ja (da penuh ilmu ke der?). gentar beb...gua memang gentar!!!
mau kena tendangan macam ni, meletup aku weiii...jadi macam raksasa dalam crita kamen rider, semua sama dari dulu sampai la sekarang...da lebih kurang macam aku terasa penuh ilmu di dada...(pe yang ko merepek ni s!@#n?)
buat member2 kelas 4BMCD...aku ucapkan selamat berjaya n berbahagia. gud luck 2 all...(dem...aku punya theme blog ni macam nak kena tukar ja...)
anda semua akan kehilangan nikmat dunia kalau tak layan citer best ni "Harry Potter and The Half Blood Prince". semua muvee Harry Potter aku dah tengok dan semalam dah masuk muvee nye yang ke enam. citer kali ni lebih menarik dari muvee yang sebelumnye iaitu Order of Phoenix... muvee sebelum ni terdapat komen2 yang pedas dari member aku terutama van dame (x penah tengok pun siri Harry Potter ni). huhu~
korang kena layan muvee ni, memang best...tapi sebelum tu pastikan korang dah khatam 5 muvee yang sebelumnye. kalau tak korang boleh join kelab komen2 pedas yang diterajui oleh van dame.haha...
actor kegemaran aku iaitu johnny depp sudah muncul lagi dalam filem yang terbaru iaitu "Public Enemy". aku baru je layan dengan bebudak rumah (botak, murai san dan pojie). bagi aku citer dalam movie ni dah ok, tapi dengan berlatar belakang tahun 1933 korang jangan harap la tengok benda2 yang canggih manggih, jalan citer pun slow... tapi dalam movie ni korang boleh tengok watak seorang penjahat menangis sebab teman wanita kena tahan ngan polis. kesimpulannya penjahat pun ada hati dan perasaan gak... lupa plak christian bale (batman: dark night) pun ada dalam movie ni...
dua muvee aku layan untuk bulan ni, Terminator ngan Angels & Demons...dua2 citer ni memang menarik. tapi aku lebih prefer citer Terminator, dia punya efek memang "kaw-kaw" dari start citer sampai ke penghujung citer. tp yang aku heran John Connor ni dah macam bukan watak utama plak...nak tau sebab apa? korang kena la tengok sendiri... Angels & Demons plak, walaupun citer agak slow...tapi ok la, boleh di layan lagi. menarik gak citer ni. first2 aku ingat citer ni mesti bosan...tapi aku layan jer sampai abis, citer ni aku bagi 4 stars dari 5. muhaha...
dalam 2-3 tahun kebelakangan ni aku rasa mcm da tak mesra ngan sahabat2 dari sekolah dulu la...sebab apa aku cakap macam tu, yela ada sahabat baik pun kenduri kawin tak dijemput...sahabat2 yang lain pun tak tau yang sahabat sorang ni da kawin. kalau sahabat lain yang dah kawin dan jemput sahabat2 yang lain, dah tak datang plak...kecik plak aku tngk dengan sikap sahabat2 aku sekarang...
zaman sekolah dulu dengan skarang memang banyak beza...skarang dah bekerjaya, tapi bagi aku la tu bukan alasan untuk berjumpa semula dengan sahabat2 yang lain. betul tak?
sesekali aku renung balik...andai kata aku nak buat reunion untuk bebudak kelas sekolah lama aku nanti, berapa orang sangat la yang akan datang. aku rasa kalau buat masa cuti pun memang susah gak nak jumpa sebab aku rasa ikatan persahabatan tu dah tak ada lagi... hmmm...yela sekarang semua ngan diri masing2. aku takut apabila sampai tahap di mana bahu langgar bahu pun tak perasan yang tu sahabat kita masa sekolah dulu...
buat sahabat2 ku, kalau rajin cari la citer ni PROPOSAL DAISAKUSEN...citer 5 sahabat ni dari sekolah hingga masuk ke universiti dan sudah bekerjaya masih akrab lagi persahabatan diorang...citer ni memang buat aku lebih menghargai persahabatan tu. betul...aku tak tipu, tapi mungkin satu dua sebab membuatkan aku rasa rimas ngan persahabatan. well...aku pun manusia biasa gak...
tu la rasa hati aku kebelakangan ni...ntah pasal apa la tergerak hati aku nak letak dalam blog ni...
p/s: walaupun boleh cari kawan beribu2, aku rasa mungkin tak sama ngan sahabat yang sama2 membesar ngan korang...
yeah...muvee yg di maksudkn ialah madagascar 2:escape to africa. best btl muvee nih...lbh klakar dr muvee dia sblm ni. aku da tngk ngan ahli kelab wayangBMCDyg dianggotai oleh aku, oleng, ensemserta 2 ahli tenggelam timbulc0klatchipsngan din mura'i... kali nih alex, marty, gloria ngan melman terkandas kt africa plak...puncanya kapal tebang yg x berapa blh terbang tu terkandas kt africa...pilot kapal terbang tu plak penguin 4 ekor yg ntah apa2 ntah... kt sini di0rang berjumpa kmbali ngan family di0rang.huihhh...larat plak aku nk tulis citer tu kt sini. pe2 hal k0rang kena tngk muvee nih, mmg klakar dan terbukti apabila c0klatchips ketawa kuat2 dalam wayang...
Aku mengalu alukan kedatangan korang ke blog mudasfreakz...blog budak utagha ni, dan blog ni:
PERHATIAN...
Blog ini tidak membicangkan benda2 lucah dan yang membawa ke arah keburukan, jika ada itu hanyalah ilusi dari mata anda sendiri, penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas apa yang anda lakukan...ayat2 yang digunakan di dalam blog ini tidak sesuai untuk karangan bahasa melayu upsr, pmr, spm dan seangkatan dengannya...
is simple person from the outside look, studying mechanical engineering major in design at UTeM and most important...have freakz attitude.Ooo...yeah that is true...